Return and Shipping Policies

Permohonan

Tertakluk pada terma dan syarat dalam Polisi Pemulangan Barang dan Bayaran Balik ini, pelanggan dapat membuat permohonan pemulangan barang yang dibeli.

Polisi ini bertujuan untuk membantu Pelanggan dalam menangani konflik tertentu yang mungkin timbul semasa transaksi atau semasa pengurusan barang dan penghantaran. Pelanggan boleh berkomunikasi terus dengan HQ.


Pelanggan hanya boleh memohon pemulangan barang dan bayaran balik mengikut SYARAT PEMULANGAN BARANG berikut:
  • Bayaran balik bagi barang yang sudah dibayar masih belum diproses untuk penghantaran.
  • Aduan pemulangan barang dan tuntutan bayaran perlu dibuat dalam masa satu (1) bulan selepas menerima barang yang salah atau rosak yang mengakibatkan kegagalan produk untuk berfungsi.
  • Semua barang perlu dipulangkan dalam bungkusan asal seperti yang diterima. Barang yang telah dibuka dan dipakai tidak boleh dipulangkan.
  • HQ telah menghantar barang yang salah atau tidak bertepatan dengan spesifikasi yang dipersetujui (ukuran saiz, warna, kuantiti dll).
  • Barang rosak semasa penghantaran sahaja. Pemulangan barang bagi tujuan penukaran adalah tidak dibenarkan.
  • Syarikat tidak akan bertanggungjawab untuk produk yang rosak akibat daripada bencana alam seperti banjir, kebakaran, gempa bumi dan sebagainya.
  • Produk yang dijual secara set/pakej yang telah rosak jika telah dibuka dan diasingkan daripada set tidak boleh ditukar. Pelanggan mestilah mengembalikan set/pakej tersebut secara lengkap, bukan menghantar barang yang rosak sahaja.
  • Jumlah nilai Produk/Perkhidmatan pertukaran haruslah tidak melebihi nilai Produk/Perkhidmatan yang ditukar atau pelanggan mesti membayar nilai lebihan tersebut.

Proses

Pelanggan boleh memulangkan barang dalam masa satu (1) bulan selepas menerima barang yang salah atau rosak.
  • Periksa dengan teliti samada barang yang diterima salah atau mengalami kerosakan.
  • Ambil bukti (gambar atau video) barang.
  • Pelanggan dinasihatkan untuk menghantar notifikasi kepada kami terlebih dahulu dengan nombor pesanan dan butiran item di talian +011 13196321 
  • Isi borang aduan (klik di sini) beserta salinan resit dan maklumkan kepada HQ untuk siasatan.
  • Bungkus semula barang seperti yang diterima dan pulangkan kepada HQ di alamat ini (Google Maps | Waze).
  • Buat penghantaran di PosLaju atau J&T atau mana-mana syarikat penghantaran.
  • Barang rosak atau salah akan diperiksa oleh HQ.
  • Setelah siasatan selesai, pihak HQ akan membuat pemulangan semula barang yang baru (bagi yang rosak atau salah) atau membuat pemulangan bayaran kepada pelanggan.

Bayaran Kos Pemulangan Barang

Kos penghantaran pemulangan barang akan ditanggung sepenuhnya oleh HQ sekiranya kerosakan disahkan berpunca dari pengendalian pihak HQ.

Bayaran Balik

  • Bayaran hanya akan dikembalikan setelah HQ menerima barang yang telah dikembalikan dalam keadaan asal. Sekiranya pihak HQ tidak menerima barang dalam masa satu (1) bulan dari tarikh aduan, pihak HQ tidak akan meneruskan proses bayaran balik.
  • Bayaran balik akan dibuat ke dalam akaun pelanggan yang digunakan semasa membuat pelangganan dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh pengesahan dibuat yang akan dimaklumkan kepada pelanggan menerusi emel atau WhatsApp.
  • Pihak HQ akan menghubungi pelanggan setelah proses bayaran balik selesai.